Fenomena cuaca luar biasa melibatkan pembentukan awan yang berbentuk seolah-olah ‘bebola kapas besar’ telah memukau penduduk di di Cordoba, Argentina.

Fenomena yang berlaku pada 13 November ini dikenali sebagai awan mammatus.

Walaupun memukau pandangan, awan tersebut disifatkan ganas dan menakutkan oleh pakar kaji cuaca.

Ini kerana, awan mammatus biasanya akan diriingi cuaca ekstrem.

Dilaporkan pada hari kejadian, kawasan terbabit dilanda ribut kuat dengan kilat, angin, dan hujan batu.

Kerana itu, jika awan mammatus muncul, penduduk di kawasan terlibat akan diminta bersiap siaga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini