Makin mencabar, makin seronok.

Itu reaksi peminat permainan kawalan jauh kereta mini pacuan empat roda 4×4 yang kini menjadi fenomena baharu di Labuan.

Hobi ini juga menjadi medan para penggemar untuk saling mengenali, mengeratkan silaturahim serta berkongsi pendapat selain menyihatkan mental dan fizikal.

Selain membuka peluang perniagaan kepada belia, aktiviti ini boleh menjadi tarikan buat pengunjung untuk datang ke Labuan, melalui pertandingan dan pameran yang diadakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini