Perubahan cuaca yang berlaku di Amerika Syarikat menjadikan beberapa negeri bertukar menjadi wilayah paling sejuk.

Keadaan itu menyebabkan berlaku fenomena cuaca sejuk melampau beserta salji tebal dan dianggap petaka baharu dikenali ‘Icemaggedon’

Laporan BBC menyebut, beberapa negeri  di Amerika Syarikat terutama Alaska merekodkan kejatuhan suhu pada paras terendah.

Menurut pihak berkuasa Jabatan Pengakutan dan Kemudahan Awam Alaska, ‘Icemageddon’ berlaku akibat salji dan hujan lebat.

Ia menyebabkan jalan raya diliputi ais yang membeku dengan pantas dan membahayakan pengguna hingga memaksa beberapa jalan terpaksa ditutup bagi tujuan keselamatan.

Fenomena sama turut menyebabkan berlaku gangguan bekalan elektrik dan pihak berkuasa menjangkakan keadaan akan berterusan sehingga Mac tahun hadapan depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini