Pernahkah anda lihat laut berbuih? Mesti jarangkan.

Ia ternyata merupakan satu fenomena alam yang terjadi selepas banjir atau hujan lebat selain berpunca apabila kandungan bahan organik yang berlebihan di dalam laut.

Tular sebuah video dikongsikan di TikTok milik @Shahirul Adly, menunjukkan fenomena pantai berbuih itu terjadi di Pantai Sungai Ular, Kuantan, Pahang.

Sekali tengok memang seperti buih sabun.

Rata-rata netizen teruja melihat perkongsian video tersebut namun menurut pakar, fenomena ini juga boleh dikategorikan sebagai pencemaran.

Video itu menerima 3.3 juta tontonan di laman TikTok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini