Ratusan belon udara menghiasi langit kota Pekalongan rabu lalu. Festival belon Pekalongan diadakan sebagai agenda menyambut kedatangan Syawal. Festival belon Pekalongan,yang turut dikenali sebagai festival belon Jawa menghimpunkan 105 peserta di stadium Hogeng,Pekalongan. Festival tersebut dianggap sebagai tradisi dalam menyambut syawal,dimeriahkan dengan belon pelbagai bentuk.
Antara yang mendapat perhatian pengunjung ialah belon udara berbentuk bas,selain batik yang menjadi identity khas Pekalongan.
Festival tersebut turut menyediakan hadiah seperti wang tunai,pakej Umrah dan tiket penerbangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini