Sebuah festival gusti unta di Turki diselar oleh aktivis-aktivis hak asasi haiwan yang menyifatkan acara itu sebagai satu jenayah besar.
Dalam acara tahunan yang berlangsung itu, beribu-ribu orang berkumpul di bandar Selcuk, menyaksikan unta ‘bergusti’.
Beberapa ekor unta dihias dengan kain sulaman bercorak sambil berlaga di sebuah arena berpasir.
Seorang wakil bandar Izmir daripada Persekutuan Hak Asasi Haiwan, Gulgun Hamamcioglu berkata, aktiviti mendorong haiwan untuk bergaduh sesama sendiri merupakan satu jenayah besar.
Sementara itu, bekas ketua pelancongan Turki, Mehmet Falakali sebaliknya berkata, unta-unta itu tidak akan mencederakan sesama sendiri.
Menurutnya, beberapa petugas ditempatkan di festival tersebut bagi bersiap sedia menghentikan perlawanan sekiranya ia menjadi lebih serius.