Keuntungan bersih FGV Holdings Bhd melonjak kepada RM399.39 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2021.

Jumlah tersebut meningkat daripada RM136.89 juta bagi tempoh sama 2020.

Perolehan yang dicatatkan syarikat perladangan itu pula meningkat kepada RM5.31 bilion daripada RM3.99 bilion bagi tempoh yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd Nazrul Izam Mansor berkata, prestasi menggalakkan itu dipacu harga minyak sawit mentah lebih kukuh pada purata RM3,798 setiap tan.

Beliau berkata demikian dalam sesi taklimat pengumuman kewangan FGV Holdings Berhad secara maya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini