FGV Holdings Berhad melaksanakan terbitan pertama Sukuk Murabahah dengan nilai nominal 500 juta ringgit.

Ia susulan Program Sukuk Murabahah pada 31 Disember tahun lepas.

Syarikat perladangan itu akan memanfaatkan hasil terbitan bagi membiayai semula pembiayaan atau pinjaman sedia ada.

Penerbitan Sukuk Murabahah ini juga tidak akan memberi sebarang kesan terhadap modal saham terbitan dan modal saham berbayar FGV.

Disember lalu, FGV telah mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menerbitkan program sukuk berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini