Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dilaporkan membuat keputusan membatalkan perlumbaan F1 di Rusia tahun ini susulan pencerobohan negara itu ke atas Ukraine.

Keputusan itu diumumkan demi keselamatan semua pihak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali, adalah mustahil untuk meneruskan penganjuran itu jika perang berterusan.

Grand Prix Rusia yang mula menyertai kalendar F1 pada 2014 dijadual berlangsung pada 25 September ini.

Walaupun ada kenyataan daripada promoter GP Rusia yang perlumbaan itu akan dapat diteruskan, namun menerusi beberapa maklum balas sumber, ia tetap akan digugurkan musim ini walaupun apa pun yang terjadi antara Rusia dan Ukraine dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Terdahulu, beberapa pelumba ternama antaranya, Sebastian Vettel, Max Verstappen dan Fernando Alonso juga berpendapat saingan di litar Sochi itu tidak patut diteruskan.

Tindakan Rusia yang mencetuskan peperangan itu mendapat kecaman bukan sahaja daripada pemimpin-pemimpin dunia lain, namun daripada kalangan atlet-atlet sukan juga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini