Penerbit filem negara perlu lebih agresif memasarkan karya masing-masing bukan saja di peringkat tempatan, malah antarabangsa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, meskipun berkualiti, sesebuah karya sukar pergi jauh jika tidak disokong usaha pemasaran yang mantap.

Antara yang boleh dilaksana, menyertai lebih banyak festival filem, selain menjalin hubungan baik dengan pengedar filem. Beliau memaklumkannya pada sidang media, selepas menyaksikan tayangan khas filem “Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan” di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini