Pihak pengawal Pantai China bertindak menyekat dan melepaskan meriam air ke arah 2 kapal bekalan milik Filipina yang ketika itu menuju ke kawasan pertikaian beting Second Thomas, Laut China Selatan.

Susulan itu, Setiausaha Ehwal Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr. mewakili kerajaan mengutuk tindakan itu dengan menejlaskan kapal mereka dilindungi di bawah perjanjian pertahanan bersama Amerika Syarikat.

Tambah Locsin, tiada sesiapa tercedera dalam insiden terbaharu yang berlaku pada Selasa.

Kedua-dua kapal berkenaan dalam misi untuk menyediakan bekalan makanan kepada tentera Filipina di beting Second Thomas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini