Pemakaian pelitup muka di Filipina tidak lagi diwajibkan di kebanyakan kawasan susulan penurunan berterusan kes COVID-19 di negara ini.

Presiden Rodrigo Duterte, mengumumkan perkara itu dalam ucapannya semalam.

Terdahulu, Pasukan Petugas Antara Agensi Pengurusan Penyakit Berjangkit mengisytiharkan bagi kawasan bawah amaran tahap tiga, dua dan satu, penggunaan pelitup muka adalah secara sukarela.

Bagi kawasan bawah amaran tahap lima dan tempat berisiko tinggi penularan COVID-19 seperti hospital, pelitup muka masih diwajibkan.

Sementara itu, Setiausaha Kesihatan, Francisco Duque III, berkata orang ramai harus terus berjaga-jaga walaupun kes COVID-19 mencatatkan trend menurun di seluruh negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini