Pasangan ke-12 dunia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terpaksa akur dengan kehebatan beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-18, 21-15.

Mereka sebelum ini pernah bertemu pada aksi terakhir peringkat kumpulan yang menyaksikan pasangan negara tewas dalam 3 set.

Terdahulu, pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut menamatkan saingan di jelajah ini.

Beregu kelapan dunia itu tewas kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 21-8, 21-18.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini