Undian bagi Jelajah Dunia Akhir BWF dilihat memihak pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia.

Saingan yang bermula di Bali, Indonesia esok menyaksikan dia berjaya mengelak bertemu pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dan bintang Jepun, Kento Momota dalam aksi kumpulan.

Zii Jia pemain ranking ke-8 dunia dilihat seharusnya tidak berdepan masalah selepas diundi dalam Kumpulan B bersama K. Srikanth dari India, Kunlavut Vitidsarn-Thailand dan Toma Junior Popov-Perancis.

Saingan beregu lelaki menyaksikan pasangan profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin diundi dalam Kumpulan B bersama beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, Pramudya Kusuma Wardana-Yeremia Erich (Indonesia) dan Christo Popov-Junior Popov (Perancis).

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang membuat penampilan pertama dalam kejohanan ini pula diundi dalam ‘kumpulan maut’ bersama pasangan Thailand, Jongkol phan Kiti thara kul-Rawinda Prajong jai, Kim Soyeong-Kong Heeyong (Korea Selatan) dan juara Olimpik Tokyo 2020 dari Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu dalam Kumpulan A.

Bagi saingan beregu campuran, dua wakil negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying diundi dalam Kumpulan A bersama pasangan Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dan Mathias Christiansen-Alexandra Boye (Denmark).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini