Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) meneruskan misi bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Selangor, khusus untuk penggiat seni dan kakitangannya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim, setakat ini pihaknya sudah mengenalpasti seramai 26 penggiat seni dan 18 kakitangan agensi itu yang ditimpa musibah tersebut.

Ditemui pada program lawatan bencana banjir di Hulu Langat, Selangor, beliau menjelaskan pihaknya kini sudah mengumpul maklumat mengenai individu yang layak mendapat bantuan tersebut.

Katanya, FINAS mengambil inisiatif dengan mencari penaja yang boleh membantu menjayakan misi amal itu.

Antara bentuk sumbangan yang disampaikan berupa barangan mentah dan wang tunai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini