Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan bekerjasama dengan Wisma Putra untuk mempromosi filem tempatan ke luar negara.

Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid berkata, filem berpotensi akan dihantar ke setiap kedutaan untuk ditayang di negara masing-masing.

Perkara tersebut juga telah mendapat persetujuan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke rumah keluarga Allahyarham Mamat Khalid di Ipoh, Perak

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini