Firefly, syarikat milik Malaysia Aviation Group (MAG) menyambung semula operasi penerbangannya ke Lapangan Terbang Seletar di Singapura selepas dua tahun tidak beroperasi akibat pandemik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Philip See, ketika ini pihaknya memfokuskan untuk mengembalikan penumpang seperti sebelum pandemik dengan perkhidmatan yang terbaik berbanding membuka laluan baharu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Firefly Kembali ke Lapangan Terbang Seletar di Singapura.

Ketika ini, penerbangan dari Subang-Seletar hanya 2 kali sehari. 

Kekerapannya akan ditambah mengikut permintaan.

Bagi memastikan penerbangan sentiasa memuaskan, pihaknya bekerjasama rapat dengan rakan kongsi Lapangan Terbang Seletar.

Ini termasuk Kumpulan Lapangan Terbang Changi yang merupakan pengurus Lapangan Terbang Seletar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini