Sebuah syarikat di Afrika Selatan mencipta kereta terbang yang boleh mendarat dan terbang secara menegak (VTOL) bagi memudahkan pergerakan manusia pada masa akan datang.

Dinamakan Macrobat, kenderaan berkuasa elektrik itu masih di peringkat prototaip.

Kenderaan itu kelihatan seperti seekor burung gergasi dan mempunyai sayap serta ‘kaki’ sama seperti haiwan itu.

Macrobat dilaporkan berupaya untuk terbang sejauh 150 kilometer (km) pada kelajuan 179 km sejam.

Menurut syarikat yang menghasilkan inovasi tersebut, Phractyl, mereka serius menjadikan Macrobat satu realiti dan merancang untuk mula menggunakannya sebagai kenderaan di rantau Afrika.

 Bagi jangka masa panjang, Phractyl menyasarkan untuk menjadikan Macrobat sebagai teksi udara untuk tujuan komersial.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini