Satu laporan polis dibuat terhadap tiga portal tempatan berikutan kenyataan palsu dan fitnah yang boleh mencemarkan nama baik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Laporan tersebut dibuat Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamamad Anuar Mohd Yunos di Ibu Pejabat Polis Dareah Dang Wangi, siang tadi.

Datuk Mohammad Anuar berkata, laporan dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap ketiga-tiga portal terbabit yang didakwa dengan sengaja mahu menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat.

Beliau berkata, kenyataan sebenar Perdana Menteri kepada pemberita dalam satu majlis di Bera, Pahang pada Sabtu lalu itu telah dimanipulasikan oleh ketiga-tiga portal berkenaan.

Malah wakil portal terbabit juga tidak hadir pada sidang media ketika itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini