Bagai mendapatkan gambaran sebenar kemajuan pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo, sekumpulan pengamal media dibawa menjelajah dari Kuching ke Miri menggunakan jalan darat bermula hari ini.

Program jelajah FTRoadpedia Sarawak anjuran Kementerian Kerja Raya itu bakal merentasi sekitar 750 kilometer bermula dari pusat bandar raya Kuching.

Jelajah tiga hari diketuai Menteri Kanan Kerja raya, Datuk Seri Fadillah Yusof itu bagi memantau kemajuan setiap pakej Pan Borneo yang sedang dan telah siap.

Seramai 15 pengamal media tempatan termasuk Jabatan Penyiaran RTM Sarawak menyertai siri jelajah ini. Upacara pelepasan disempurnakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Setakat Mei lepas, Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang merangkumi sebelas pakej kerja dari Telok Melano ke Miri kini siap 82 peratus dengan peruntukkan sebanyak RM16.117 bilion.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini