Fumio Kishida dilantik sebagai Perdana Menteri ke-101 Jepun.

Dewan Rakyat mengumumkan pemilihan berkenaan selepas Kishida meraih 297 undi.

Kishida yang menerajui Parti Demokratik Liberal memperoleh sokongan majoriti di Dewan Rakyat pada 31 Oktober lalu.

Beliau akan membentuk kabinet baharu dalam tempoh sebulan dengan jangkaan mengekalkan barisan kabinet lamanya.

Ini sekali gus memberinya mandat untuk meneruskan agenda ekonomi dan diplomatik.

Susulan kesan pandemik Covid-19, Kishida dijangka memperkenalkan pakej rangsangan bernilai lebih 30 trilion yen pada tahun ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini