Pemimpin negara G7 setuju untuk mengharamkan eksport emas dari Rusia dalam tindakan bersepadu baharu untuk memutuskan sumber kewangan Moscow.

Keputusan itu dicapai sebulat suara di selatan Jerman menandakan sokongan padu baharu terhadap Ukraine. Peperangan Rusia-Ukraine yang kini berlanjutan selama lima bulan memberi impak kepada inflasi dan krisis makanan global.

Rusia menyumbang kira-kira lima peratus semua eksport emas pada 2020. 90 peratus daripadanya pergi ke negara G7.