Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang jurugambar dan peguam, susulan pergaduhan di lobi bangunan Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pergaduhan tersebut melibatkan jurugambar sambilan sebuah akhbar tempatan berumur 34 tahun dengan seorang peguam berusia 50 tahun.

Kejadian berpunca apabila keadaan sesak berlaku di lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam semasa pasukan peguam sedang menuju ke kamar mahkamah.

Manakala petugas media sedang membuat liputan bagi kes pembunuhan CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan. Kedua-dua lelaki itu telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Shah Alam. Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini