Polis Perak sedang mengesan suspek yang terlibat dalam dua kejadian kekecohan di perkarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima dua laporan polis mengenai kejadian tersebut, yang turut tular di media sosial.

Kes pertama melibatkan perselisihan faham sekumpulan lelaki warga tempatan yang ingin menghantar mangsa cedera dengan pengawal keselamatan hospital.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Manakala, kes kedua pula membabitkan perbuatan mendatangkan kecederaan oleh seorang lelaki tempatan menggunakan senjata tajam.

Tiga individu dilaporkan mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di hospital. Punca kejadian disyaki akibat perselisihan faham antara dua keluarga mengenai isu percintaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini