Perasaan bimbang seorang abang selepas gagal menghubungi adik lelakinya terungkai apabila mangsa rupa-rupanya terbabit dalam kejadian tanah runtuh Simpang Pulai.

Mohd Kamal Hamdi memaklumkan hanya mengetahui tentang kejadian yang menimpa adiknya, Muhammad Hafiz Hamdi menerusi media sosial.

Gagal menghubungi mangsa, Kamal bergegas ke lokasi kejadian.

Jelasnya, mangsa sebelum ini akan memberi maklumat kepada sebarang kejadian tanah runtuh, namun kali ini berlaku sebaliknya.

Allahyarham berusia 31 tahun meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.

Dalam kejadian tengah hari semalam, mangsa bersama seorang lagi dikenali Tan Chee Heng, 36 tahun, maut selepas kenderaan mereka tertimbus tanah runtuh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini