Foto-foto gajah alihkan pokok tumbang akibat hujan lebat tular di media sosial. Kejadian berlaku di Wilayah Nakhon Sawan pada Ahad menyebabkan kesesakan lalu lintas. Bagaimanapun, Lamead Toloh yang membawa gajah dikenali Jareuk mahu membantu selepas usaha orang ramai mengalihkan pokok-pokok berkenaan gagal. Dia menurunkan Jareuk dan ‘memandu’ haiwan itu membersihkan jalan dalam masa 30 minit. Rata-rata pengguna jalan raya memuji usaha Jareuk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini