Di Baling, Kedah kebimbangan penduduk mengenai kehadiran seekor gajah liar di kawasan tersebut telah berakhir.Gajah berkenaan ditangkap di Kampung Memali, Khamis lalu dan dipindahkan ke Hutan Simpan Royal Belum, GerikPengarah Perhilitan Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim berkata proses pemindahan haiwan itu dibantu dua ekor gajah denak yang dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan bagi tujuan ‘memujuk’. Gajah seberat dua tan itu dipercayai keluar dari hutan pada waktu malam dan masuk ke kawasan kampung untuk mencari makanan. Pihaknya akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan gajah lain di hutan, tidak mengganggu penduduk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini