Seekor gajah liar mati dilanggar sebuah treler yang membawa muatan bijih besi di kilometer 44, Jalan Kuala Berang-Aring, Hulu Terengganu malam tadi.Kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu mengakibatkan gajah betina yang dianggarkan berusia tujuh tahun mati di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, pemandu treler berkenaan tidak sempat mengelak sekumpulan gajah liar yang sedang melintas akibat jarak yang terlalu dekat.Bagaimanapun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini