Seorang petani dilaporkan maut selepas tiga ekor gajah mengamuk secara tiba-tiba di sebuah taman negara di Thailand,SEMALAM.Menurut wakil polis, Chalit Sudachan, mangsa berusia 26 tahun dan isterinya sedang tidur dalam khemah sewaktu kejadian terbabit berlaku.Dipercayai, ketiga-tiga ekor gajah tersebut sedang mencari makanan di kawasan itu.Isteri mangsa sempat bersembunyi di bawah trak manakala petani berkenaan diserang ketika cuba melarikan diri.Mangsa dikatakan dirodok dengan gading gajah dan meninggal dunia sejurus selepas itu.##

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini