Perintah Gaji Minimum baharu dijangka diumumkan tahun depan selepas kajian mengenainya selesai akhir tahun ini. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, berkata kajian mengenai gaji minimum itu sedang dilaksanakan dan dijangka selesai suku keempat tahun ini.

Katanya, kajian semula gaji minimum tersebut selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang mana ia perlu dikaji sekali dalam dua tahun.

Beliau menjelaskan bagi meningkatkan lagi kadar gaji minimum, Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dipertanggungjawabkan membuat kajian.

Kajian itu mengambil kira pelbagai aspek termasuk kestabilan ekonomi, rangsangan Keluaran Dalam Negara Kasar, kos dan standard kehidupan rakyat. Kali terakhir gaji minimum dinaikkan pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini