Gandingan ulama dan umarak mampu melahirkan Keluarga Malaysia yang harmoni dengan pegangan manhaj Rabbani bagi mendepani situasi getir seperti Covid-19.
 
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, ulama berperanan besar untuk memastikan naskhah hasil nukilan mereka boleh diguna pakai dan menjadi rujukan masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu.

Menurut Idris, ruh kesatuan ulama silam perlu dihayati termasuk manuskrip penulisan mereka untuk dijadikan contoh dan ikutan bagi ulama masa kini.

Perbezaan negara juga perlu diketepikan demi memastikan permuafakatan ulama nusantara di rantau ini dapat dipupuk.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Nadwah Nusantara kali ke-9 yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) secara dalam talian.

Majlis bertujuan menilai pembentangan kertas kerja para ilmuan dan agamawan islam untuk diterbitkan didalam beberapa jurnal antarabangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini