Gangguan bekalan air di Selangor. Kira-kira 98 peratus kawasan yang terjejas di Selangor akibat kejadian paip utama yang pecah berhampiran Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat, WCE Banting-Taiping Sabtu lepas, telah pulih sepenuhnya. Setakat 6 Petang Semalam, hanya beberapa premis di kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan, masih mengalami gangguan itu. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata ia melibatkan Bandar Putera, Parkland, Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Utara, Jalan Pelabuhan Utara dan Taman Sentosa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini