Gangguan bekalan air di Klang, Selangor dijangka pulih secara berperingkat. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, ia memandangkan proses membaik pulih paip air utama di projek pembinaan Lebuhraya West Coast Expressway (WCE) hampir selesai. Gangguan bekalan air itu berlaku selepas runtuhan jajaran lebuh raya berkenaan pada 4 Mei lalu menyebabkan 65 kawasan terlibat merangkumi kira-kira 800 ribu pengguna.
Utama Edisi Semasa