Gangguan air di 47 kawasan terjejas di Wilayah Petaling, Selangor akibat kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil semalam, pulih sepenuhnya, pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor, Elina Baseri berkata pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

Pengguna disaran mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawangnya.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.

Semalam, 47 kawasan di Wilayah Petaling dilaporkan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 24 jam susulan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini