Hampir 13 kilogram ganja ditemui polis dalam sebuah stor milik TNB di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Ketika ini, usaha mengesan pemilik bahan berkenaan dipergiat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor berkata ia disimpan dalam tiga beg dan disorok dalam stor itu.

Dianggarkan, bahan terlarang tersebut boleh dibekalkan kepada sehingga 4,300 orang penagih.

Pihaknya  tidak menolak kemungkinan stor terbabit diceroboh dan dijadikan lokasi transit oleh pengedar. Kes dirujuk mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini