Bermula hari ini sehingga 16 September,JPJ menawarkan gantian dokumen secara percuma bagi penduduk terjejas banjir di Yan, Kedah. Dokumen penting itu melibatkan Lesen Memandu, Lesen Kenderaan Motor dan Sijil Pemilikan Sementara. JPJ berkata, pemilik dokumen perlu membuat laporan polis mengenai kehilangan atau kerosakan dokumen. Dokumen yang rosak perlu dibawa ke mana-mana pejabat kaunter JPJ negeri atau cawangan di Kedah untuk mendapatkan gantian. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini