Lembaga Peperiksaan (LP) sentiasa memantau rapi situasi semasa pusat peperiksaan yang terjejas dan telah menyediakan pelan tindakan bagi memastikan calon SPM tahun 2021 dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan teratur dan selamat.

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijadual pada 2 Mac hingga 29 Mac 2022.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, pengurusan pusat peperiksaan yang terjejas akibat banjir dilaksana mengikut ketetapan Pekeliling Persediaan Menghadapi Banjir Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan Bil.1/2001.

LP juga menyediakan garis panduan khusus meliputi aspek pengurusan sekolah dan pusat peperiksaan, calon peperiksaan, petugas peperiksaan serta pengurusan bilik kebal.

Sekiranya calon tidak dapat hadir ke pusat peperiksaan disebabkan bencana banjir, mereka boleh menghubungi guru kelas atau Setiausaha Peperiksaan atau Pengetua di sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Mereka juga dibenarkan menduduki peperiksaan di pusat peperiksaan lain sebagai calon menumpang.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi bilik gerakan LP dan Jabatan Pendidikan Negeri seperti tertera.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini