Garis Panduan Penilaian Keterancaman Tanah Runtuh dan Indeks Risiko di Infrastruktur-Infrastruktur Kritikal Awam di Malaysia akan diguna pakai sebagai panduan kepada kerajaan dan pemaju untuk merancang serta menentukan pembangunan setempat dengan lebih efisien.

Garis panduan yang dibangunkan Kementerian Kerja Raya itu, bertujuan mengurangkan risiko tanah runtuh di kawasan infrastruktur kritikal awam seperti jalan raya, empangan, telekomunikasi dan bangunan awam.

Garis panduan itu diluluskan dalam mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-79 yang dipengerusikan Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Mesyuarat juga mengambil maklum berhubung perancangan transformasi pengurusan sisa pepejal ke arah ekonomi kitaran bagi memastikan pengurusan sisa pepejal yang lebih mampan di seluruh negara.

MNKT merupakan medium perundingan bagi penggubalan dasar berkaitan hal ehwal kerajaan tempatan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, selaras dengan Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan dasar dan perkara yang dibincangkan dalam MNKT, akan dibawa untuk perhatian kerajaan negeri sebelum dilaksanakan di peringkat kerajaan tempatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini