Busana yang dipakai mendiang penyanyi Amy Winehouse ketika melakukan persembahan terakhir sebelum dia meninggal dunia, dijual pada harga AS$243,200 (RM1 juta) dalam satu acara lelong.

Winehouse mengenakan gaun hijau bercorak buluh hitam itu ketika mengadakan persembahan di Belgrade pada 2011, sebulan sebelum dia maut akibat keracunan alkohol pada usia 27 tahun.

Gaun berkenaan merupakan antara 800 koleksi barangan peribadi Winehouse termasuk buku, alat solek dan cakera padat digital (DVD) yang dilelong ibu bapanya.

Kesemua barangan tersebut mengaut hasil lelongan sebanyak AS$4 juta (RM17 juta) iaitu dua kali ganda daripada yang dijangkakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini