Masih belum jelas sama ada varian Omicron COVID-19 lebih mudah berjangkit, atau menyebabkan gejala penyakit yang lebih teruk berbanding varian lain termasuk Delta.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kedua-dua perkara itu masih belum dipastikan meskipun data awal menunjukkan terdapat peningkatan kadar kemasukan ke hospital di Afrika Selatan.

Pertubuhan itu turut mengesahkan setakat ini tiada maklumat untuk mengesyorkan simptom yang dikaitkan dengan Omicron adalah berbeza daripada simptom varian lain.

Ini kerana ia mengambil masa beberapa hari hingga beberapa minggu untuk diketahui.

Bagaimanapun, WHO berkata bukti awal menunjukkan mungkin terdapat peningkatan risiko jangkitan semula dengan Omicron tetapi maklumat adalah terhad.

Semua varian COVID-19, termasuk varian Delta yang kini dominan di seluruh dunia boleh menyebabkan penyakit atau kematian yang teruk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini