Baru-baru ini, petugas dan orang ramai di pusat pemberian vaksin (PPV) Integrasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dimeriahkan dengan ‘kehadiran’ Doraemon untuk menerima suntikan vaksin.

Menurut gadis yang memakai maskot berkenaan, Siti Nor Shahira Mohd Dhali, 21, berkata beliau hadir ke PPV berkenaan sebagai Doraemon bagi menceriakan suasana selain ingin mengembirakan para petugas barisan hadapan dan juga penerima vaksin yang lain.

Menurut gadis berkenaan, dia berasa seronok melihat gelagat pengunjung PPV yang tersenyum gembira melihat watak berkenaan dan tidak kurang juga yang ingin merakamkan foto dan video sebagai kenang-kenangan.

Selain itu, dia turut menjelaskan bahawa pakaiannya tidak menggangu proses pemberian vaksin kerana kostum Doraemon yang dikenakannya mempunyai zip dan mudah dibuka tanpa melambatkan proses petugas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini