Permainan ‘dancing cactus’ mula tular di TikTok dan sejak itu ramai yang memilikinya serta berkongsi video berkenaan permainan ini.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila gelagat seorang nenek melayan patung ajuk itu telah menarik perhatian ramai.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah nenek itu seolah-olah melayan patung mainan tersebut seperti bercakap dengan manusia. Cukup menghiburkan melihat respon nenek tersebut yang geram dengan patung ajuk ini.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen merasa terhibur melihat telatah nenek tersebut dan telah menerima 1.1 juta tontonan di laman TikTok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini