Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 berkuatkuasa bermula hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion dalam kenyataan medianya berkata,  gelaran ‘Ketua Menteri Sarawak’ akan diganti kepada ‘Premier of Sarawak’ dalam Bahasa Inggeris, dan ‘Premier Sarawak’ dalam Bahasa Malaysia.

Manakala, Pejabat Ketua Menteri pula akan dikenali sebagai ‘Pejabat Premier Sarawak’.

Selain itu, Timbalan Ketua Menteri akan menggunakan gelaran Timbalan Premier dalam Bahasa Malaysia.

Dalam pada itu, Menteri Muda pula akan digelar sebagai Timbalan Menteri berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Pada 15 Februari lepas, Dewan Undangan Negeri Sarawak telah meluluskan beberapa pindaan kepada Perlembagaan Negeri Sarawak.

Antaranya, terma penggunaan gelaran ‘Ketua Menteri’ digantikan kepada ‘Premier’.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini