Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi, LITB. Sejak dilaksanakan November lepas ia telah berjaya menjana pendapatan lebih RM28 juta kepada ekonomi Pulau Langkawi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub memberitahu ia hasil kedatangan seramai lebih kurang 5,686 orang pelancong asing ke pulau tersebut.

Datuk Seri Ismail berkata inisiatif tersebut merupakan ujian rintis atau ‘pilot test’ ke atas kesediaan dan kesiapsiagaan sektor pelancongan termasuk penggiat industri dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan terhadap ‘norma baharu’.

Jelas beliau, sejak diperkenalkan, tiada sebarang kluster jangkitan yang berpunca daripada pelancong-pelancong LITB dengan hanya satu peratus sahaja didapati positif Covid-19 di bawah kategori satu dan dua ketika saringan dibuat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Langkawi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini