Gelombang baharu jangkitan COVID-19 di negara ini dijangka berlaku lebih awal daripada jangkaan dua hingga tiga bulan akan datang berdasarkan peningkatan kes harian.

Bagaimanapun jelas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, negara bersedia menghadapi gelombang baharu tersebut.

Beliau pada masa sama menegaskan kenyataannya itu bukan untuk menakutkan rakyat tetapi lebih kepada langkah pencegahan supaya dapat mengawalnya ketika fasa peralihan ke endemik kini.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi menyarankan warga emas berusia 60 tahun ke atas agar mengambil dos penggalak vaksinasi COVID-19 sebagai persediaan menghadapi gelombang seterusnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini