Susulan cuaca panas dan gelombang haba, Syarikat Kereta api Nasional Perancis (SNCF) mengehadkan kelajuan pengangkutan awam berkenaan di Bordeaux.

Menurut pengurus infrastruktur SNCF, Thierry Rose, suhu tinggi menjejaskan rel dan talian atas.

Beliau memaklumkan, pihaknya kini berdepan kekangan sangat serius melibatkan infrastruktur kerana fenomena pengembangan pada rel dan talian atas susulan suhu tinggi.

Suhu yang dicatatkan ketika ini menjangkau 52 darjah melebihi paras ditetapkan untuk peraturan kelajuan iaitu 45 darjah.

Di Bordeaux, SNCF menyediakan kira-kira 15,000 botol air sepanjang perjalanan bagi memastikan penumpang kekal terhidrat dan tidak terkesan dengan suhu tinggi itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini