Gelombang haba panas melampau sedang melanda barat daya dan tengah Amerika Syarikat, apabila suhu dijangka akan melonjak melebihi 38 darjah selsius.

Jabatan Kesihatan Houston telah mengaktifkan pelan kecemasan haba, yang membuka pusat penyejukan untuk keperluan penduduk.

Pegawai maklumat awam Jabatan Kesihatan Houston Porfirio Villarreal berkata kesan haba itu akan menyebabkan keletihan haba atau strok haba, yang seterusnya boleh membawa maut.

Cuaca panas dijangka berpanjangan di Barat Daya dan beberapa bahagian di Texas.

Perkhidmatan cuaca menjangkakan lebih banyak kawasan akan mencatatkan suhu yang lebih tinggi dalam beberapa hari akan datang.

Justeru orang ramai dinasihatkan untuk kekal berada dirumah selain mengamalkan penjagaan kesihatan kendiri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini