Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengatur gerak anggota dan aset melibatkan 86 lokasi di seluruh negara bagi membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi-agensi berkaitan menghadapi banjir.
 
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini termasuk 115 pegawai dan 2, 768 anggota lain-lain pangkat, serta penggunaan aset penting seperti trak dan bot bagi tujuan menyelamat.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Hishammuddin berkata,  ATM telah melaksanakan beberapa
pendekatan termasuk menyediakan satu batalion yang sentiasa diletakkan dalam keadaan bersiapsiaga di setiap negeri untuk diaturgerak ke lokasi terjejas banjir.
 
Jelas beliau, perancangan itu akan dikemaskini dari masa ke masa mengikut situasi banjir di sesebuah negeri dan sesuatu kawasan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini