Penduduk di Hulu Terengganu yang tinggal berhampiran kawasan berisiko banjir akan dipindahkan awal ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Ia sebagai persiapan mengelak insiden yang tidak diingini berlaku pada banjir gelombang ketiga yang dijangka melanda kawasan itu esok.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pemindahan awal bermula 30 Disember ini membabitkan warga emas yang uzur, bayi dan kanak-kanak.
 
Sebanyak tiga kampung terlibat iaitu Kampung Pasir Raja, Kuala Jengai dan Minda yang mempunyai 362 kediaman dan seribu 300 penduduk.

Menurut Datuk Rohaimi, 27 buah bot PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM), penduduk kampung dan 20 buah kenderaan pacuan empat roda termasuk dari Kelab 4X4 Daerah Dungun bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan ke Balai Polis Kuala Jengai bagi meninjau persiapan anggota barisan hadapan bagi menghadapi gelombang ketiga banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini