Gelombang ketiga COVID-19 melanda Jordan apabila jumlah jangkitan mencecah 20,000 kes dalam tempoh seminggu.

Trend kenaikan mendadak jangkitan terbabit direkodkan sejak beberapa minggu lalu.

Pegawai Kanan Penyakit Berjangkit, Adel Al Belbeisi berkata angka jangkitan itu adalah sangat tinggi berbanding minggu sebelumnya.

Difahamkan, peraturan baharu COVID-19 akan diumum beberapa hari lagi. Ketika ini, hanya 3.6 juta orang di Jordan sudah menerima dos lengkap vaksin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini